Tuesday 29 May 2012

MINI MAHA DI TANJONG KARANG


Assalammualaikum ..apa khabar semua.
Program Mini MAHA bersama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani akan berlangsung pada 31hb MEI - 3 Jun 2012 di Padang Astaka Tanjong Karang. Wahh tinggal esok sahaja lagi untuk menyiapkan produk Azapine. 

Sekarang produk Azapine telah dinamakan De Coral di bawah FAMA dan diiktiraf sebagai produk keluaran Tanjong Karang. Antara produk yang dipilih ialah Sos Nanas (Pedas dan Masam Manis) ,Jus Nanas dan Kordial Nanas. 

Dalam program ini nanti..keempat-empat jenis produk tersebut akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Hj Noh bin Hj. Omar,Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

Jemputlah semua untuk mengunjungi booth AZAPINE di Mini MAHA Tanjong Karang.
Jumpa di sanaaa.......

Sos Nanas AZAPINE  akan ditukar nama De Coral Tanjong Karang 
dan dipasarkan oleh FAMA  
Kordial Nanas dan Jus Nanas menjadi pilihan utama pengunjung ke Azapine booth
Kerja-kerja menyiapkan produk Azapine di kilang
Turun padang !!

Saturday 26 May 2012

KERJA KURSUS SEJARAH 2012

Assalammualaikum


Pada 2011 lalu..semasa tahun akhir saya di UPM ..sy telah menyiapkan assgmnt ASAS KEUSAHAWANAN dan tajuk yang saya pilih tentulah berkaitan Azapine..
Kebetulan pula bila saya lihat tajuk Kerja Kursus Sejarah PMR tahun ini berkaitan perusahaan makanan ..eloklh sy sebarluaskan kepada pembaca berkaitan maklumat Azapine ini..
saya izinkan untuk dijadikan bahan utk kerja kursus form 3 sebagai rujukan dan menambah maklumat...SELAMAT MENCUBA...





1   HASIL KAJIAN
11.    MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN
i.              Nama produk dan ketegori
      PT Pineapple Foods Industry adalah  pemilikan tunggal 100% bumiputera yang beroperasi di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. Syarikat  yang ditubuhkan pada 2009  ini diilhamkan bermula dengan menjalankan aktiviti penanaman  nanas secara komersial dan akhirnya mendapat perhatian dari pihak berkenaan iaitu  peruntukan daripada Jabatan Pertanian  Negeri  Selangor dan Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani  Malaysia(MOA) di samping mendapat sokongan sepenuhnya dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). PT Pineapple foods Industry mengeluarkan produk pemakanan berasaskan nanas. Antara produk yang dihasilkan ialah kordial nanas,jus nanas,sos cili pedas,sweet sour sos nanas, tat nanas,dodol nanas dan bahulu gulung nanas. 

 i.              Maklumat Pengusaha
Nama :                       Hamzah Bin Pandi
Umur :                       49 tahun
Tarikh Lahir   :           3 April 1963
Tempat kelahiran:    Kampung Sungai Gulang-Gulang, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Pekerjaan lama:       Guru Penolong Kanan di SK Tanjong Karang
Pekerjaan sekarang : Usahawan Tani  
Alamat Pejabat :       No 1, Tingkat 1, Lorong Menanti, Off Jalan Menanti,
                                    Kampung Sungai Tengi Kiri, 45500 Tanjong Karang,
                                    Selangor
Alamat Rumah:        No.13 Jalan 3, Taman Tanjong Karang,
                                    45500 Tanjong Karang, Selangor.
Status perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan:              STPM, Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan
Pengalaman :           Guru ( 20 tahun)- Meletak Jawatan 1 Januari 2006
Pencapaian dalam kerjaya guru :                                    
·         Anugerah Khidmat Cemerlang -1996
·         Anugerah Khas Menteri Pendidikan -2002

Pencapaian dalam bidang usahawan tani
·         Anugerah Peladang Kelompok Jaya (Nanas) Negeri Selangor 2009
·         Tempat kedua Pertandingan Hasil-hasil pertanian sempena Hari Peladang Penternak  Nelayan Peringkat Kebangsaan  di Melaka – 2009

Maklumat syarikat dan status hak milik

Nama Syarikat:



PT Pineapple Foods Industry
No Pendaftaran:
SA0063501-K
Alamat Syarikat:
No 1,Tingkat 1, Lorong Menanti Off,
Jalan Menanti,Kampung Sungai Tengi Kiri,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
No.Tel(pejabat):
No Fax:
603-32692246
603-32692246
Jenis Perniagaan
Perladangan dan pemprosesan produk berasaskan nanas
Jenis Produk
(Tat,Sos,Jem,Kordial,Jus,Kiub nanas,jeruk , Bahulu  Gulung,Dodol,dll )
Tarikh penubuhan:
2009
Keluasan premis:
22 kaki X 70 kaki persegi
Bilangan pekerja :
20 orang

   LOKASI :

Lokasi projek
:  Bangunan FAMA Kawasan Tanjong Karang


   Keluasan premis     :           22 kaki  70 kaki persegi
   Lokasi premis :                    Tanjong Karang, Selangor
   Pemilikan Premis : Sewa
   Status hak milik tanah/ladang : pajakan

   1.    LATAR BELAKANG

i.              Sejarah
PT Pineapple Foods Industry adalah pemilikan tunggal 100% bumiputera yang beroperasi di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. Syarikat  yang ditubuhkan pada 2009  ini diilhamkan bermula dengan menjalankan aktiviti penanaman  nanas secara komersial dan akhirnya mendapat perhatian dari pihak berkenaan iaitu  peruntukan daripada Jabatan Pertanian  Negeri  Selangor dan Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani  Malaysia(MOA) di samping mendapat sokongan sepenuhnya dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Pada peringkat awal pihak pengusaha iaitu Encik Hamzah bin Pandi tidak bercadang untuk mempelbagaikan perniagaan ke arah pengeluaran produk tetapi oleh kerana  pengeluaran buah yang berlambak –lambak maka pengusaha telah memikirkan satu idea kepada syarikat untuk memulakan operasi pemprosesan produk berasaskan nanas dan hasilnya produk-produk keluaran syrarikat ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat setempat dan mendapat pasaran di pasaraya –pasaraya sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
ii.            Punca/jumlah modal
Anggaran kos projek : RM 300,000.00
Dilaksana secara persendirian dengan bantuan daripada :
i.              AGRO BANK
ii.            Jabatan Pertanian Selangor
iii.           Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
iv.           FAMA – pemasaran

iii.           Lesen perniagaan
Nama Syarikat:
PT Pineapple Foods Industry
No Pendaftaran:
SA0063501-K

iv.           Tujuan membuat produk
Syarikat ini juga telah berjaya membuktikan bahawa di Malaysia, produk berasaskan nanas mendapat tempat di hati masyarakat melalui penglibatan syarikat ini menyertai aktiviti promosi yang memperlihatkan bahawa produk berasaskan nanas kini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kini kami ingin mula mengorak langkah dalam rangka memasarkan produk berasaskan nanas yang berkualiti, tulen dan semulajadi ke seluruh Malaysia.
Dengan pesatnya perkembangan industri pertanian dan diramal akan meluaskan pasarannya keseluruh dunia, maka pihak kami telah menetapkan untuk mencapai misi yang lebih tinggi iaitu menjadi salah satu pesaing dalam industri ini dengan menjadi pembekal nanas selain mengembangkan lagi projek pemposesan produk asas nanas ini. Oleh yang demikian kami telah merancang menambahkan lagi kemampuan pengeluaran dengan meningkatkan dan menambah kelengkapan mesin pengilang dan meningkatkan kualiti produk dalam penjenamaan sendiri serta menjadikan sistem pengurusan yang lebih efisen untuk melangkah lebih jauh lagi. 

 VISI SYARIKAT

Visi syarikat PT Pineapple Foods Industry ialah untuk mencapai tahap sebagai pembekal nanas utama dunia seterusnya menjadi pengeluar produk berasaskan nanas yang berdaya saing seterusnya dapat membina empayar perniagaan berasaskan nanas bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Syarikat mempunyai hasrat yang besar untuk melihat produk berasaskan nanas Malaysia berkembang sejajar dengan produk-produk lain dengan mengekalkan kualiti sekaligus membantu usahawan menaikkan taraf ekonomi dan hidup masing-masing.

MISI SYARIKAT

·   Menjadi pengeluar nanas dan produk berasaskan nanas yang paling utama di Selangor dan Malaysia.Memenuhi permintaan dalam membekalkan produk  berasaskan nanas yang terbaik.
·   Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan.
·   Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi pemasaran dan pembekalan produk minuman dan makanan yang bermutu dan mengikut citarasa pengguna di Malaysia
·   Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan


     
Nama Syarikat:
PT Pineapple Foods Industry
No Pendaftaran:
SA0063501-K
Alamat Syarikat:
No 1,Tingkat 1, Lorong Menanti Off,
Jalan Menanti,Kampung Sungai Tengi Kiri,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
No.Tel(pejabat):
No Fax:
603-32692246
603-32692246
Jenis Perniagaan
Perladangan dan pemprosesan produk berasaskan nanas
Jenis Produk
(Tat,Sos,Jem,Kordial,Jus,Kiub nanas,jeruk ,    Bahulu  Gulung,Dodol,Biskut dan Kek )
Tarikh penubuhan:
2009
Keluasan premis:
22 kaki X 70 kaki persegi
Bilangan pekerja :
20 orang
Lokasi Projek :
Bangunan FAMA Tanjong Karang.
Kemudahan / Peralatan:
Mesin mengupas nanas,pengisar,mesin pemerah, mesin penguli,mesin pencapai,mesin pengisar cili,oven pembakar,pilling mesin,mesin pembungkus
Anggaran kos projek :
RM 300,000.00



.           Perkembangan Produk
Selain membekal nanas kepada pihak kerajaan, syarikat ini juga menerima tempahan daripada pihak perseorangan mahupun swasta. Melalui kerjasama daripada pihak kerajaan negeri serta sokongan padu daripada FAMA Negeri Selangor dalam urusan pemasaran, saya percaya produk keluaran syarikat ini akan mendapat tempat di hati  seluruh masyarakat Malaysia suatu hari nanti.
Pihak syarikat amat menitikberatkan kualiti produk keluaran yang dikeluarkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan serta mendapat kelulusan yang setaraf dengan keluaran produk yang lain di Malaysia.
Di samping itu juga pihak syarikat sedang merangka satu plan pemasaran baru untuk tujuan menembusi pasaran luar Negara, melalui kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi menyahut seruan 2020 dan merealisasikan sahutan “Pertanian adalah Perniagaan”
Antara pelanggan dan pemborong produk syarikat  ini ialah :
  • ·         FAMA
  • ·         Unit Promosi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • ·         Persatuan Warisan Anak-anak Selangor
  • ·         Seluruh Carefour Lembah Klang
  • ·         Peruncit –peruncit tempatan
  • ·         Koperasi- koperasi Sekolah seluruh negara

   
PROSPEK INDUSTRI PRODUK BERASASKAN NANAS

Industri berasaskan nanas dijangkakan mempunyai peluang yang amat cerah dimasa hadapan.Walaupun bidang ini tidak ramai yang menceburinya kerana kekangan bekalan nanas dan harga nanas yang tidak menentu maka Syarikat PT Pineapple Foods Industy dengan berani  memulakan langkah dengan mewujudkan sebuah kilang memperoses nanas di Tanjong Karang Selangor. Langkah ini diambil  kerana pihak pengusaha memikirkan prospek industri ini mempunyai masa depan yang cerah kerana :

1.            Setelah diselidik dan maklumat yang diperolehi dari lembaga Perindustrian Nanas Malaysia , didapati dari negeri Melaka hingga ke Perak ,tiada seorang pun yang mengusahakan industri ini secara komersial. Ini adalah disebabkan faktor pengusaha Industri ini tidak mempunyai ladang sendiri yang menyebabkan amat sukar untuk mendapatkan bekalan nanas yang bersekala tepat dan ditambah harga yang tidak menentu menyebabkan penetapan harga produk sukar untuk ditentukan.Oleh yang demikian , PTPFI menjangkakan bahawa produk Azapine akan mempunyai prospek yang baik kerana faktor tiada saingan yang mencabar dan penentuan harga di pasaran boleh mendapatkan keuntungan yang terbaik pada masa hadapan.
2.            Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai ladang sendiri,maka pembuatan produk hiliran berasaskan nanas ini boleh dipelbagaikan . Mengikut Pengarah Urusannya, syarikat PTPFI boleh menghasilkan 20 jenis produk berasaskan nanas. Antaranya ialah Sos nanas, Jem Nanas,kordial nanas,jus nanas,dodol nanas, biskut nanas, kerepek nanas, kopi dan teh nanas,bahulu gulung nanas, kek nanas, makanan ternakan, baja nanas,kuah rojak nanas, kiub nanas bersirap dan lain-lain. Oleh yang demikian antara beberapa jenis produk tersebut maka pastinya ada yang akan mendapat sambutan orang ramai dari dalam dan luar negara.maka tidak mustahil satu hari nanti produk Azapine akan menjadi terkenal di dalam dan luar negara.

3.            Produk yang dihasilkan oleh syarikat PTPFI adalah produk yang asli dan mempunyai khasiat yang tinggi. Ini kerana ia diproses tanpa menggunakan perasa dan pewarna tiruan. Oleh yang demikian , produk yang dihasilkan oleh syarikat ini mempunyai rasa nanas yang asli dan ketulenan vitaminnya seperti vitamin C,D ,Asid Bromolin, Tianamin dan lain-lain yang amat diperlukan oleh tubuh badan terkandung dalam produk ini. Oleh yang demikian , maka tidak mustahil dengan maklumat produk yang semakin luas, maka produk Azapine akan mendapat tempat di hati pengguna . Maka prospeknya begitu cerah sekali.