Tuesday 29 May 2012

MINI MAHA DI TANJONG KARANG


Assalammualaikum ..apa khabar semua.
Program Mini MAHA bersama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani akan berlangsung pada 31hb MEI - 3 Jun 2012 di Padang Astaka Tanjong Karang. Wahh tinggal esok sahaja lagi untuk menyiapkan produk Azapine. 

Sekarang produk Azapine telah dinamakan De Coral di bawah FAMA dan diiktiraf sebagai produk keluaran Tanjong Karang. Antara produk yang dipilih ialah Sos Nanas (Pedas dan Masam Manis) ,Jus Nanas dan Kordial Nanas. 

Dalam program ini nanti..keempat-empat jenis produk tersebut akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Hj Noh bin Hj. Omar,Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

Jemputlah semua untuk mengunjungi booth AZAPINE di Mini MAHA Tanjong Karang.
Jumpa di sanaaa.......

Sos Nanas AZAPINE  akan ditukar nama De Coral Tanjong Karang 
dan dipasarkan oleh FAMA  
Kordial Nanas dan Jus Nanas menjadi pilihan utama pengunjung ke Azapine booth
Kerja-kerja menyiapkan produk Azapine di kilang
Turun padang !!

No comments:

Post a Comment